Cari @ Amanz

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia telah berkongsi berkenaan Rancangan Malaysia Ke-12, sekaligus berkongsi pelbagai perancangan dan sasaran pembangunan dalam tahun-tahun akan datang.

Salah satu perkara yang turut disentuh adalah Pelan Pendidikan Digital.

PDPR Belajar Online

Menurut Perdana Menteri, Pelan Pendidikan Digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi akan diperkenalkan bagi memastikan akses yang lebih luas kepada pendidikan yang berkualiti.

Buat masa ini, intipati menyeluruh berkaitan Pelan Pendidikan Digital masih tidak diketahui sepenuhnya.

Disebabkan oleh pandemik Covid-19, para pelajar telah melalui tempoh pembelajaran secara digital selama dua tahun. Bergerak kehadapan, sama-sama kita nantikan bagaimana Pelan Pendidikan Digital ini bakal membantu para pelajar dan anak-anak kita untuk terus mendapatkan pendidikan berkualiti dengan mudah dimana-mana sahaja mereka berada.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd