ASUS ROG Kini Hadir Dengan Aksesori Gaming Dengan Tema Warna Moonlight White

Diterbitkan pada Sep 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila bercakap mengenai aksesori gaming, secara lazimnya kita akan memikirkan tentang papan kekunci dan tetikus berwarna hitam dan juga sistem pencahayaan RGB yang terbina didalamnya. ASUS, melalui jenama gaming Republic of Gamers mereka baru-baru ini telah mula menawarkan aksesori gaming mereka dalam pilihan warna Moonlight White yang tidak kurang menarik apabila dibandingkan dengan penawaran warna hitam biasa mereka.

Buat masa ini, aksesori-aksesori yang disahkan hadir dengan pilihan warna ini termasuklah papan kekunci ROG Strix Scope NX TKL, tetikus ROG Strix Impact II, fon kepala ROG Strix Go Core dan juga fon telinga gaming ROG Cetra II Core.

Tema warna Moonlight White ini memperlihatkan gabungan warna putih dan perak yang memberikan aksesori-aksesori ini rekaan yang kemas dan bersih, manakala ASUS masih lagi mengekalkan penggunaan sistem pencahayaan RGB Aura Sync bagi mereka yang juga menggemari lampu berwarna-warni pada aksesori-aksesori gaming mereka.

Buat masa ini, ASUS mengatakan bahawa aksesori-aksesori dengan penawaran warna Moonlight White ini hanya akan ditawarkan di beberapa pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan dijangka akan ditawarkan di pasaran lain di masa akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami