Cari @ Amanz

Sebelum zaman aplikasi dan laman web, satu-satunya cara untuk melihat perabot dan aksesori rumah yang dijual oleh IKEA ialah dengan mengambil katalog bercetak yang diberikan secara percuma. Kami mengenali beberapa rakan yang telah mengumpul katalog IKEA Malaysia sejak 25 tahun lalu di One Utama. Bagi mereka yang ingin melihat katalog-katalog lama ini adalah amat sukar sehinggalah sekarang.

IKEA Museum Digital baru sahaja dilancarkan dan ia memaparkan rekaan-rekaan klasik dan katalog-katalog yang dikeluarkan sejak 1950an. Ia adalah mesin cahaya masa untuk melihat apakah rekaan yang dahulunya dianggap bergaya dan juga melihat rekaan apakah yang malar hijau sehingga sekarang. Ia dilihat sebagai versi digital kepada muzium fizikal yang terletak di Älmhult Sweden. Selain katalog, pelawat juga boleh mempelajari sejarah syarikat perabot terbesar dunia ini dengan lebih mendalam. Laman web IKEA Digital Museum boleh dilayari dalam bahasa Inggeris dan Sweden hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd