MSI Summit E13 Flip Evo – Laptop Berprestasi Tinggi Untuk Para Usahawan

Diterbitkan pada Okt 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebagai seorang usahawan, tentunya anda perlu berketerampilan kemas dan meyakinkan sebagai refleksi bahawa anda adalah seorang usahawan yang berjaya di hadapan pelanggan anda. Tentunya anda juga memerlukan komputer riba yang baik dan mudah dibawa kemana-mana untuk mesyuarat di luar. Jika anda sedang mencari komputer riba dengan rekaan yang fleksibel serta bergaya dan dalam masa yang sama mementingkan prestasi untuk membantu produktiviti harian, MSI Summit E13 Flip Evo adalah jawapannya.

Rekaan Yang Fleksibel Untuk Kegunaan Yang Lebih Optimum Dan Memudahkan

Kita mulakan dahulu dari segi rekaannya. Komputer riba 13.4 inci ini hanya seringan 1.35kg sahaja sekaligus menjadikannya mudah untuk dibawa kemana-mana sekiranya perlu berjumpa dengan pelanggan di luar. Rekaan kerangkanya juga dibina dengan rekaan yang minimalis tetapi dalam masa yang sama lebih moden melalui kaedah potongan CNC yang menjadikan bucu komputer riba ini bersegi dan lebih estetik. Ia juga telah menerima sijil pengiktirafan daripada MIL-STD-810G. Jadi anda tidak perlu risau dengan daya ketahanan komputer riba ini.

Skrin komputer riba MSI Summit E13 Flip Evo ini dibina dengan nisbah skrin ke badan 16:10 yang mana ia mampu memaparkan paparan yang lebih luas daripada paparan 16:9 yang biasa. Rekaan skrin ini juga dikenali sebagai Golden Ratio dimana anda boleh menggunakan pelbagai jenis aplikasi produktiviti seperti Microsoft Excel dengan lebih optimum.

Apa yang menarik tentang rekaan komputer riba ini adalah ia boleh dilipatkan sehingga 360 darjah sekaligus boleh digunakan seakan tablet. Ditambah juga dengan sokongan MSI Pen, menjadikan pengalaman menggunakan MSI Summit E13 Flip Evo ini sebagai tablet lebih efektif. Untuk pengetahuan anda juga, pen dari MSI ini merupakan stylus yang pertama memenangi anugerah CES 2021. Hal ini kerana ia dilengkapi dengan teknologi MPP2.0 yang menawarkan prestasi yang lebih stabil dan sensitif dengan paras tekanan sehingga 4096 serta boleh dicas menggunakan USB-C. Jika anda seorang pereka grafik atau arkitek, komputer riba ini juga membolehkan anda untuk menghasilkan karya dan menyiapkan tugasan dengan lebih selesa dan berkesan.

Spesifikasi Yang Membantu Produktiviti Harian

Bercakap mengenai prestasi, MSI Summit E13 Flip Evo ini dijana dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-11 bersama kad grafik Intel Iris Xe. Menurut MSI, janaan cip sebegini membantu prestasinya menjadi lebih responsif dan anda berpeluang untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan. Hal ini kerana cip Intel Core i7 mampu untuk beroperasi sehingga 5.0 GHz dengan bantuan teknologi Intel Turbo Boost Max 3.0. Kelajuan ini adalah 1.5 kali lebih laju daripada generasi sebelumnya. Bagi sokongan grafiknya pula, Intel Iris Xe ini dikatakan 4.5 kali lebih laju daripada grafik UHD generasi terdahulu.

Bukan sekadar itu sahaja, komputer riba ini juga menyokong fungsi MSI AI Noise Cancellation. Memang sesuai untuk para usahawan yang sering mengadakan perjumpaan secara maya kerana fungsi ini menawarkan kualiti video beresolusi tinggi dengan mengurangkan kesan hingar videonya melalui algoritma AI. Audionya juga sedap didengar kerana ia dilengkapi dengan tekonologi Hi-Resolution Audio.

Sistem sekuriti yang terdapat pada komputer riba ini juga boleh dikatakan sangat membantu untuk menjaga privasi pengguna. Hal ini kerana selain kamera web yang boleh dikunci, komputer riba ini juga dilengkapi fungsi untuk mengunci port USB dan juga slot kad-SD daripada diaskes oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Proses Pemindahan Fail Yang Laju

Menurut MSI, komputer riba MSI Summit E13 Flip Evo ini juga merupakan komputer riba pertama yang dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi 6E dimana ia dikatakan mampu untuk memberikan sambungan internet yang laju dan stabil walaupun rangkaian internet di sesuatu tempat itu diakses oleh ramai pengguna lain. Kadar pendam (latency) juga akan menjadi rendah sekaligus menjadikan proses pemindahan fail lebih laju.

Proses pemindahan data antara peranti juga lebih cepat kerana komputer riba ini dilengkapi dengan port Thunderbolt 4 yang dikatakan mampu untuk memindahkan fail sepantas 40Gbps dan port ini juga boleh digunakan sebagai port pengecasan peranti anda.

Ketahanan Bateri Selama 20 Jam Penggunaan

Sebagai seorang usahawan berjaya, tentunya anda akan selalu keluar bermesyuarat, Jadi ketahanan bateri adalah satu ciri yang anda patut ambil kira. Menurut MSI, komputer riba mereka ini mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan dan turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas. Ditambah pula dengan kerjasama Intel Evo, ia sedikit sebanyak membantu untuk mendapatkan prestasi penggunaan yang lebih memuaskan dan dapat menjaga ketahanan bateri. Sokongan pengecasan menggunakan USB-C ini juga bermakna proses pengecasan akan menjadi lebih mudah kerana ia boleh dicas menggunakan pelbagai jenis pengecasan yang anda sedia ada.

Kesimpulan

Jika anda ingin memiliki MSI Summit E13 Flip Evo ini, ia boleh dibeli pada harga RM6,899 dengan dua pilihan warna sama ada Ink Black atau Pure White. Komputer riba MSI ini memang sesuai untuk usahawan yang mementingkan fleksibiliti untuk produktiviti harian dan dalam masa yang sama ingin tampil bergaya. Hal ini kerana komputer riba ini dilengkapi dengan rekaan yang minimalis, moden dan mudah dibawa kemana-mana serta boleh dijadikan sebagai tablet yang turut menyokong MSI Pen. Tambahan pula spesifikasinya juga cukup memuaskan melalui janaan cip Intel Core i7, kad grafik Intel Iris Xe, menyokong Wi-Fi 6E dan ketahanan bateri sehingga 20 jam. Untuk pengetahuan anda juga, MSI juga sedang menawarkan harga promosi untuk laptop-laptop siri MSI Summit sehingga 14 November 2021 kelak. Jadi beli sekarang sementara promosi masih berjalan dan dapatkan produktiviti harian yang lebih baik serta tampil bergaya MSI Summit E13 Flip Evo.

Penafian: Advertorial daripada MSI Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami