Tarikh 27 September 2021, Google kini menyambut ulang-tahun ke-23 sejak ia diperkenalkan ke arena internet. Bersempena dengannya, Google turut menyediakan sebuah doodle khas kepada semua pengunjung laman Google.

Pada tahun 1997 yang lepas, apabila Sergey Brin dan Larry Page bertemu di Standford University, dan pada tahun 1998, mereka telah membangunkan enjin carian bersama di bilik dorm mereka, sekaligus membangunkan prototaip pertama Google.
Pada hari ini, Google telah menjadi salah satu laman sehenti yang digunakan meluas, dengan berbilion carian dilakukan setiap hari. Selain enjin carian sahaja, Google turut mempunyai sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk Android, YouTube, Google Maps, GMail, Fitbit, dan sebagainya.
Sehingga ke hari ini, Google masih meneruskan misi mereka dalam memastikan informasi di dunia ini boleh diakses semua dengan mudah, dimana sahaja mereka berada.
Selamat ulang-tahun ke-23, Google.