Shopee Kini Dalam Persediaan Melancarkan Perkhidmatan Di India

Diterbitkan pada Sep 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee merupakan salah satu laman edagang yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Dimulakan sekitar enam tahun yang lepas, kini Shopee menerajui arena edagang di rantau Asia Tenggara dengan memberikan persaingan sengit terhadap Lazada. Bukan itu sahaja, Shopee juga turut aktif dalam memperluaskan penawaran perkhidmatan.

Selepas memperkenalkan perkhidmatan Shopee Pay di Malaysia, mereka turut telah mula memperkenalkan Shopee Food pada bulan ini di Lembah Klang.

Tidak berhenti begitu sahaja, kini Shopee seperti dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan edagang di India.

Ini sekaligus akan memperlihatkan Shopee bersaing terus dengan Flipkart dan juga Amazon yang sedia popular di India. Malah, kedua-dua laman edagang berkenaan menawarkan lebih daripada sekadar jual-beli sahaja.

Shopee dijangka akan memulakan penawaran dengan tidak mengambil sebarang komisyen daripada penjual, selain memfokuskan kepada penghantaran percuma.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran untuk perkhidmatan Shopee di India. Ia semestinya suatu yang menarik untuk melihat bagaimanakah Shopee akan bersaing di negara dengan lebih 1 bilion penduduk berkenaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami