TikTok Kini Mempunyai 1 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Sep 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok hari ini mengumumkan mereka kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif setiap bulan. Angka ini adalah pencapaian terbaru TikTok, yang mana boleh dikatakan dicapai dengan pantas oleh platform media sosial memfokuskan perkongsian video berkenaan.

TikTok sebelum ini sedia menghadapi cabaran daripada kerajaan Amerika Syarikat, namun, mereka dilihat mampu mengatasinya, dan mengekalkan platform mereka untuk kekal relevan.

Malah, pelbagai platform sosial lain turut telah mengikut TikTok dalam memperkenalkan ciri-ciri lebih kurang sama, dan salah satunya adalah Instagram.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk TikTok dalam terus mengekalkan platform mereka kekal relevan bagi para pengguna seluruh dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami