Cari @ Amanz

Tan Sri Annuar Musa kini mengatakan yang mana salah satu tumpuan yang kini diberikan adalah dalam menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk penggunaan komersil di Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia kini perlu mempercepatkan pembangunan teknologi berkenaan, apatah lagi dengan sejumlah negara ASEAN yang lain yang jauh dihadapan kita. Pada masa yang sama, TS Annuar Musa menyasarkan untuk menjadi negara 2 teratas dalam perlumbaan rangkaian 5G dalam tempoh sekitar 3 tahun lagi.

Buat masa ini, rangkaian 5G masih belum diperkenalkan lagi, dan ia disasarkan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya – sebelum dilanjutkan ke bandar-bandar yang lain.

Mengikut perancangan awal, liputan rangkaian 5G dijangka merangkumi sekitar 80% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024 kelak.

Selain hanya penawaran untuk pengguna awam, rangkaian 5G juga akan memberikan fokus terhadap pengguna industri dan komersil dalam mempercepatkan dan memudahkan tugasan berulang, selain penggunaan peranti berhubung dan ke arah pengurusan pintar.

Sama-sama kita nantikan pengenalan rangkaian 5G di Malaysia dalam beberapa bulan sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd