Ferrari Umum Kerjasama Dengan Bekas Pereka Apple, Jony Ive
September 28, 2021
Automotif
Aman
Ferrari dan syarikat disebaliknya, Exor kini mengumumkan mereka telah memeterai kerjasama bersama LoveFrom, iaitu syarikat kreatif milik bekas pereka popular Apple, iaitu Jony Ive.
Kerjasama untuk beberapa tahun ini telah pun ditanda-tangani, namun, maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diketahui.

Ia tidak diketahui lagi sama ada mereka akan merekabentuk sebuah kenderaan, atau lebih memfokuskan kepada rekaan aksesori gaya hidup – yang turut telah difokuskan oleh Ferrari baru-baru ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kerjasama ini dalam bulan-bulan akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.