AMD Menyasarkan Masalah Kekurangan Cip Mula Reda Pada Tahun 2022

Diterbitkan pada Sep 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CEO AMD, Lisa Su kini menyasarkan yag mana masalah kekurangan cip akan mula reda pada pertengahan kedua 2022 kelak.

Apa pun, pada masa yang sama, beliau turut menekankan yang mana pertengahan pertama 2022 mungkin masih “ketat” untuk pengeluaran cip.

Sebelum ini, masalah kekurangan cip berlaku disebabkan oleh pandemik, dan pada masa yang sama disebabkan oleh permintaan yang tinggi.

Perkara ini membawa kepada impak pengeluaran peranti, malah turut memberikan kesan pada industri automotif, peranti berhubung, dan sebagainya.

Mengikut sasaran awal, pelbagai kilang pengeluaran yang telah dirancang sejak tahun lepas dijangka akan memulakan operasi dalam beberapa bulan akan datang, sekaligus mengurangkan masalah kekurangan cip ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami