Cari @ Amanz

Komputer riba Honor MagicBook 16 Pro dan MagicBook 16 telah dilancarkan semalam sebagai komputer riba kerja mereka yang lebih berkuasa. MagicBook 16 Pro adalah model yang lebih berkuasa dilengkapi skrin 16.1″ FHD dengan kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia bernisbah 16:9, mampu memaparkan 100% sRGB dan keterangan maksimum sehingga 300 nits.

Komputer riba dilengkapi cip AMD Ryzen 7 5800H dipadankan dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce GTX 1650 atau NVIDIA GeForce RTX 3050 yang lebih berkuasa, memori 16GB DDR4 RAM dan 512GB SSD, dan bateri 56Whr dengan pengecas 65W. Sementara itu Honor MagicBook 16 pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma dengan pilihan cip AMD Ryzen 5 5600H serta cip grafik terbina sahaja.

Kedua-dua model turut dilengkapi papan kekunci berlampu, kamera web 720P, pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, dan speaker stereo. Sementara itu pilihan I/O ialah 1 x HDMI, 2 x USB 3.2 Gen1 (Type-A), 2 x USB 3.2 Gen1 (Type-C), dan bicu audio 3.5mm.

Harga jualan MagicBook 16 Pro ialah RMB 6499 (~RM4211) untuk model dengan GTX 1650 dan RMB 7299 (~RM4730) untuk model dengan RTX 3050. Sementara itu MagicBook 16 pula dijual pada harga RMB 4999 (~RM3299)dengan AMD Ryzen 5 dan RMB 5499(~RM 3563) untuk model dengan AMD Ryzen 7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd