Huawei Tidak Akan Mengeluarkan Kereta Sendiri dan Peranti 5G Akan Kembali Dijual Dalam Masa Beberapa Tahun Lagi

Diterbitkan pada Sep 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hanya dua tahun lalu Huawei adalah antara tiga pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dengan harapan memintas Samsung di tempat pertama. Sekatan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat meranapkan pelangin angan Huawei sekelip mata dan kini syarikat bertarung untuk terus wujud. Antara perkara yang perlu dilakukan untuk terus beroperasi ialah menggunakan cip keluaran pesaing dan peranti sekadar menyokong rangkaian 4G sahaja.

Dalam acara Huawei Connect yang berlangsung minggu lalu, pengerusi berganti Huawei Xu Zhijun berkata syarikat tidak mempunyai perancangan untuk menjual perniagaan telefon pintar mereka pada waktu ini. Beliau turut mengatakan peranti Huawei dengan sokongan 5G akan hanya dapat dipasarkan dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Ini pastinya amat mengecewakan bagi syarikat yang sebenarnya antara terawal menjual peranti 5G dan memegang paten dalam teknologi 5G itu sendiri.

Beliau turut menafikan ura-ura Huawei akan mengeluarkan kenderaan elektrik jenama sendiri. Ini adalah kerana pada waktu ini tidak diketahui berapa banyak syarikat kenderaan dalam pasaran yang cukup hangat pada waktu ini. Walaupun tidak menjual kereta elektrik sendiri, Huawei bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta untuk menawarkan sistem infohibur dan pintar dalam kenderaan yang dikeluarkan. Ini adalah sama seperti strategi Google cuma pada skala yang sedikit lebih tinggi.

Sumber CGTN

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami