Carian
Ini Adalah Telefon Pintar Mampu Milik Tetapi Mempunyai Spesifikasi Yang Premium
October 1, 2021 Syafia Hani

Jika kita lihat harga pasaran telefon pintar zaman dahulu, ia sering dipasarkan pada harga yang agak mahal sedangkan spesifikasi yang ditawarkan hanyalah spesifikasi asas. Namun pada zaman sekarang, teknologi telefon pintar bergerak dengan begitu pantas sehinggakan telefon mampu milik juga mempunyai ciri-ciri premiumnya yang tersendiri. Ini menjadikan proses pemilihan telefon sedikit sukar kerana kita perlu mempertimbangkan pelbagai perkara. Bagi anda yang masih keliru bagaimana untuk memilih telefon pintar yang paling sesuai untuk kegunaan harian anda, ini adalah perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar.

Spesifikasi Yang Bagus Untuk Kegunaan Harian Yang Lancar

Cip pemprosesan memainkan peranan yang penting untuk pastikan kesemua komponen dalam telefon pintar dapat beroperasi dengan lebih efisyen. Ia bukan sekadar penting untuk prestasi telefon, tetapi juga membantu untuk fungsi-fungsi tambahannya yang lain. Seperti MediaTek Dimensity 1200, cip pemprosesan ini dikatakan mempunyai prestasi CPU 22% lebih laju dan mampu mengurangkan penggunaan kuasa peranti 25% lebih baik daripada generasi sebelumnya. Cip pemprosesan ini juga membolehkan telefon pintar yang dikuasakan olehnya dapat menghasilkan rakaman gambar dan video 40% lebih berkualiti dengan resolusi rakaman video 4K. Cip pemprosesan ini juga mampu menghasilkan penggambaran malam 20% lebih baik dan boleh merakamkan gambar yang tajam sehingga 200MP. Antara telefon pintar yang dikuasakan oleh Cip MediaTek Dimensity 1200 ini adalah Xiaomi 11T.

Kualiti Kamera Yang Sesuai Dengan Kelas Peranti

Dengan teknologi moden sekarang ini, kebanyakan telefon pintar zaman sekarang akan dilengkapi dengan sokongan tri-kamera utama dan juga satu kamera swafoto. Seperti telefon pintar Xiaomi 11T, telefon pintar ini dilengkapi dengan tri-kamera utama yang menggabungkan lensa 108MP untuk rakaman utama, 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar dan 5MP untuk kamera telemakro. Manakala kamera swafotonya pula hadir dengan lensa 16MP.

Tambahan pula kamera telefon pintar ini hadir dengan fungsi-fungsi yang membantu untuk menghasilkan rakaman seumpama filem sinematik yang dinamakan sebagai “Cinemagic”. Antara fungsi-fungsi yang disokong oleh peranti ini adalah mod malam, mod 108MP, Google Lens, Audio Zoom, One-Click AI Cinema, HDR Video, Pro Time-Lapse, mod Video Pro, rakaman gerak perlahan dan juga turut menyokong rakaman video beresolusi 4K. Seperti yang saya katakan di atas tadi, telefon pintar mampu milik pada zaman sekarang pun sudah memiliki pelbagai jenis fungsi yang premium, dan Xiaomi 11T adalah salah satu daripadanya.

Saiz Memori Dan Storan Yang Mencukupi

Telefon pintar yang mempunyai saiz memori dan storan yang besar membolehkannya beroperasi dengan lebih lancar seperti membolehkan anda untuk menjalankan beberapa aplikasi secara serentak tanpa mengalami masalah lengah masa. Xiaomi 11T juga adalah antara telefon pintar yang mempunyai saiz memori dan storan yang mencukupi untuk membolehkannya berjalan dengan lebih lancar dimana ia ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 8GB+128GB dan juga 8GB+256GB.

Kapasiti Bateri Untuk Kegunaan Sepanjang Hari

Kebanyakan telefon pintar sekarang akan dilengkapi dengan kapasiti bateri bermula 4000mAh dan juga sistem pengecasan pantas mereka yang tersendiri. Tetapi bagi Xiaomi 11T, telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri yang lebih besar daripada kebanyakan telefon pintar mampu milik biasa iaitu sebesar 5000mAh. Malah, menurut Xiaomi, telefon pintar ini mampu untuk membuat pengecasan penuh dengan hanya memakan masa 36 minit sahaja melalui sistem pengecasan turbo 67W mereka. Telefon pintar ini juga lambat panas kerana ia dilengkapi dengan teknologi Multiple Tab Winding yang dipadankan dengan reka bentuk dua pam pengecasan yang berfungsi untuk mengurangkan rintangan elektrik yang akan menyebabkan peranti anda panas semasa proses pengecasan.

Harga Yang Berpatutan Dengan Spesifikasi Yang Ditawarkan

Selepas mempertimbangkan ciri-ciri, spesifikasi dan kemampuan prestasi yang ada pada telefon pintar yang anda inginkan, perkara seterusnya yang perlu diambil kira adalah harga jualannya. Anda perlu mempertimbangkan adakah spesifikasi yang telefon tersebut tawarkan berbaloi dengan harga jualannya, dan adakah anda mampu untuk memilikinya? Jika ya, teruskan saja pembelian itu. Namun sekiranya tidak mampu, anda perlu membuat pertimbangan semula.

Tetapi jika masih buntu untuk memilih, kami mencadangkan untuk anda membeli Xiaomi 11T jika anda sedang mencari telefon mampu milik dan mempunyai spesifikasi yang berbaloi dengan harganya. Hal ini kerana telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200, kualiti kamera yang menyokong untuk menghasilkan rakaman sinematik beresolusi 4K, memori dan storan yang mencukupi, saiz bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas dan tentunya mampu milik kerana ia dipasarkan pada harga bermula RM1699 sahaja. Berpatutan dengan spesifikasi premium yang telefon pintar ini tawarkan.

Jadi bagi anda yang berminat, telefon pintar ini boleh mula dibeli bermula 2 Oktober ini dengan tiga pilihan warna iaitu Meteorite Gray, Moonlight White dan juga Celestial Blue. Bagi setiap pembelian Xiaomi 11T Pro (12GB+256GB), Xiaomi 11T (8GB+128GB) dan Xiaomi 11T (8GB+256GB) melalui mana-mana pengedar rasmi Xiaomi, anda berpeluang untuk menerima Mi True Wireless Earphone 2 Basic secara percuma. Jika anda membeli siri telefon pintar ini melalui kedai rasmi mereka pula, anda berpeluang untuk memenangi Mi TV P1 43 inci yang bernilai RM1799. Kesemua tawaran ini hanya tersedia bermula 2 Oktober hingga 4 Oktober sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang ini sementara stok masih ada.

Penafian: Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

Komen