Cari @ Amanz

Pengasas syarikat automotif popular yang turut mempunyai pegangan pada Proton, iaitu Geely, kini turut menyertai arena telefon pintar dengan memperkenalkan syarikat baharu dinamakan Xingji Shidai.

Langkah ini agak unik, kerana kita sedia melihat pengeluar peranti mudah-alih seperti Xiaomi dan Apple memfokuskan arena automotif, dan kali pertama kita melihat pihak syarikat automotif pula kini menyertai arena telefon pintar.

Geely

Xingji Shidai menyasarkan untuk menawarkan peranti dibawah segmen premium, dan menyasarkan pasaran global.

Mengikut memo dalaman, telefon pertama dijangka diperkenalkan pada 2023 kelak, dan menyasarkan jualan sebanyak 3 juta unit pada tahun pertama.

Dengan langkah menyertai arena telefon pintar ini, ia akan melengkapkan penawaran ekosistem, apatah lagi pada masa kini memfokuskan kepada penawaran berhubung dan pintar.

Geely dijangka menggunakan kelebihan jenama mereka yang sedia dikenali dalam memasarkan produk mereka untuk pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd