Cari @ Amanz

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini mengeluarkan kenyataan rasmi, dan menafikan laporan yag mendakwa empat juta data yang bocor, diperolehi melalui laman sesawang LHDN menggunakan API yang dibuat utuk myIDENTITY.

Menurut LHDN, siasatan dalaman yang telah dijalankan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa.

LHDN juga sedang bekerjasama dengan pihak JPN dan Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara bagi melihat kemungkinan berkenaan dakwaan ini.

LHDN memberikan jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan adalah selamat – dan dilindungi teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

LHDN turut mengatakan yang mana mereka merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd