OnePlus Nord 2 5G Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM1699

Diterbitkan pada Sep 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord 2 5G merupakan salah satu telefon pintar terbaru dibawah siri Nord. Terbaru, melalui kedai atas talian OnePlus Global di Shopee, mereka telah menyenaraikannya, dan menawarkan ia untuk pengguna tempatan.

Untuk makluman, set yang ditawarkan adalah versi import, tetapi ia disokong dengan jaminan selama 12 bulan melalui beberapa kaedah, termasuk menghantar kembali ia ke gudang di China.

OnePlus Nord 2 5G hadir dengan skrin 6.43-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB.

Melengkapkan penawaran telefon pintar ini adalah tri-kamera utama dengan sensor utama 50-megapixel. OnePlus Nord 2 5G turut hadir dengan sokongan bateri 4500mAh, dengan pengecasan pantas 65W.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran OnePlus Nord 2 5G di Shopee hari ini, dimana model 8GB RAM + 128GB ditawarkan pada harga RM1699, sementara model 12GB RAM + 256GB storan ditawarkan pada harga RM2299.

Layari : OnePlus Global di Shopee
Perhatian : Ini adalah kedai rasmi OnePlus Global, dan bukannya OnePlus Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami