Xiaomi TV Stick Baru Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi Dengan Sokongan Dolby Vision

Diterbitkan pada Sep 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi TV Stick sedia mencuri perhatian ramai, dan digunakan ramai dalam mengubah televisyen sedia ada menjadi televisyen pintar. Terbaru, Xiaomi dilihat dalam persediaan memperkenalkan Xiaomi TV Stick generasi baharu tidak lama lagi.

Perkara ini diketahui melalui dokumentasi pengesahan FCC, memperlihatkan Xiaommi TV Stick baru bakal hadir dengan cip pemprosesan yag dikemaskini, selain turut menyertakan sokongan Dolby Vision & Atmos bersama-sama dengannya.

Rekaan alat kawalan untuk TV Stick generasi baharu ini dilihat menyerupai sebelum ini, tanpa sebarang perubahan besar.

Disamping itu, ia turut dijangka menyokong paparan resolusi 4K ketika penstriman, selain sejumlah codec untuknya, termasuk sokongan WiFi lebih pantas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan melancarkannya. Dengan pendaftaran untuk pengesahan ini, kita mungkin melihatnya dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami