Cari @ Amanz

Fon telinga secara lazimnya tidak dilengkapi sokongan codec LDAC. Hanya beberapa model seperti Sony menawarkan penstriman pada kualiti yang tinggi ini. Oleh itu apabila Technics melancarkan fon telinga dengan LDAC semalam ini berjaya menarik perhatian kami.

Technics EAH-AZ60 ialah fon telinga yang lebih premium di antara dua model yang dilancarkan. Ia dilengkapi sistem pembatalan hingar hibrid dan juga LDAC. Dengan LDAC dan pembatalan hingar diaktifkan ia boleh beroperasi sehingga 4.5 jam atau sehingga 17 jam dengan bantuan pod pengecas. Tanpa pembatalan hingar dan menggunakan codec AAC ia boleh beroperasi selama 7 jam atau sehingga 25 jam dengan pod pengecas.

Model dilengkapi pemandu audio 8mm dan lapan mikrofon. Ini membolehkan panggilan suara yang jelas dilakukan menerusi sistem JustMyVoice. Pengguna boleh mengaktifkan mod Ambient bagi membolehkan audio luar tembus masuk ke telinga atau mod Attention yang memberikan keutamaan kepada suara manusia. Fon telinga turut boleh digunakan untuk bersenam kerana melepas piawaian IPX4.

Technics EAH-AZ40 adalah model lebih mampu milik tanpa sokongan pembatalan hingar atau LDAC tetapi masih menyokong AAC. Ia boleh beroperasi sehingga 7.5 jam atau sehingga 25 jam dengan bantuan pod pengecas. Model dilengkapi pemandu audio 6mm dan enam mikrofon. Ini membolehkan panggilan suara yang jelas dilakukan menerusi sistem JustMyVoice. Pengguna boleh mengaktifkan mod Ambient bagi membolehkan audio luar tembus masuk ke telinga atau mod Attention yang memberikan keutamaan kepada suara manusia. Fon telinga turut boleh digunakan untuk bersenam kerana melepas piawaian IPX4.

Sepasang Technics EAH-AZ60 dijual pada harga $199.99 (~RM1049) dan EAH-AZ40 pula pada harga $129.99 (~RM649).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd