Singapura Akan Mendapatkan Bekalan Elektrik Dari Ladang Solar Terbesar Dunia Di Australia Menjelang 2027

Diterbitkan pada Sep 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Singapura ialah negara kecil yang tidak mempunyai ruang yang besar jika dibandingkan dengan jiran terhampir mereka. Bagi menjadikan Singapura negara yang lebih lestari dalam mencari sumber tenaga elektrik mereka perlu kreatif seperti membina ladang solar di atas permukaan takungan air. Tetapi menjelang 2027, mereka akan lebih kreatif dengan mendapatkan bekalan tenaga elektrik dari ladang solar yang terletak lebih 5000 km di Australia.

Projek Australia-Asia PowerLink yang menelan belanja $22 billion (~RM92 bilion) akan menghubungkan Singapura dengan ladang solar milik Sun Cable yang terletak di Darwin, Australia. Ladang solar terbesar di dunia di kawasan seluas 12,000 hektar ini akan menjana sehingga 20 gigawatts dan turut menempatkan pek bateri terbesar dunia dengan kapasiti mencecah 42 GWh.

Menggunakan kabel dasar laut, Australia-Asia PowerLink akan membekalkan 3.2 GW tenaga kepada Singapura yang bersamaan dengan 15% keperluan negara tersebut yang mampu menguasakan lebih 3,000,000 rumah.

Tahun ini Singapura telahpun membuka ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara. Menjelang 2025, Singapura menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan kuasa elektrik dengan sumber lestari sebanyak empat kali ganda. Mereka sudahpun mempunyai dasar yang jelas dan memulakan langkah awal untuk menggunakan sumber lestari. Sementara itu di Malaysia kini mempunyai menteri alam sekitar yang menyalahkan tuhan apabila berlaku bencana alam.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami