Cari @ Amanz

Night School Studio telah diambil alih oleh Netflix semalam menjadikannya studio permainan video pertama mereka dalam usaha untuk menjadi platform penstriman permainan video pula. Studio ini mendapat nama setelah menerbitkan permainan video indie Oxenfree yang menerima banyak anugerah.

Walaupun lebih terkenal dengan Oxenfree yang ditawarkan pada konsol dan PC, Night School Studio juga pernah menghasilkan permua Mr Robot dan Next Stop Nowhere pada peranti pintar. Dengan wujudnya studio pertama di bawah payung mereka, Netflix dilihat serius untuk menerjah ke dalam arena permainan video pula. Dua tahun yang lalu mereka mengatakan pesaing mereka bukanlah platform penstriman lain tetapi permua seperti Fortnite yang menarik perhatian pelanggan dari menonton kandungan mereka.

Setakat ini perkhidmatan penstriman permainan Netflix hanya ditawarkan di Poland sahaja dahulu sebagai percubaan buat pengguna Android. Permua yang ditawarkan pula adalah Stranger Things yang turut merupakan IP mereka sendiri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd