Di atas talian tular video banyak pesakit Covid-19 yang menyeru orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin sebelum terlambat. Majoriti yang menghasilkan video kemudian meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 ketika di hospital. Dengan masalah penolakan vaksin masih lagi wujud, antara cara untuk menyelesaikan isu kematian ialah menghasilkan ubat untuk pesakit Covid di peringkat awal.
Pfizer minggu ini memulakan ujian fasa akhir ke atas pil yang diberikan kepada pesakit Covid. Tujuan pil dibangunkan ialah menghalang virus dari merebak dan mendatang kesan buruk pada tubuh pesakit di peringkat awal jangkitan. Ia adalah dari jeni penghalang protese (protese inhibitor) yang menghalang virus dari membiak sekaligus mengelakkan kesihatan pesakit dari merosot.

Selain menyelamatkan nyawa pesakit, pil ini juga diharap dapat memberikan bantuan kepada individu yang tidak boleh mendapatkan suntikan vaksin akibat masalah kesihatan, mereka yang masih dijangkiti selepas menerima vaksin kerana antibodi yang menurun dan golongan anti-vaksin yang nyawa mereka masih perlu diselamatkan sungguhpun berdegil.
Selain Pfizer, pil untuk pesakit Covid juga dibangunkan oleh firma Enanta Pharmaceuticals, Pardes Biosciences, Shionogi & Co Ltd, Novartis AG dan Merck. Pfizer mempunyai kelebihan kerana ujian yang dilakukan sudahpun di peringkat akhir sebelum diberikan kebenaran sementara untuk digunakan pada pesakit di dunia sebenar.
Sumber Reuters