Cari @ Amanz

Honor merupakan syarikat dibawah Huawei sebelum ini, dan turut terkesan dengan halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat. Dalam mengatasinya, Huawei telah melupuskan pegangan, dan menjadikan Honor sebagai sebuah syarikat berasingan.

Sejak daripadanya, kini Honor kembali menyusun pelbagai strategi dalam menawan pasaran kembali.

Terbaru, mengikut data Counterpoint Research, ia dilihat Honor telah menjadi jenama tiga teratas di China, dan hanya dibelakang Vivo dan juga Oppo.

Peningkatan pihak Honor ini sekaligus menyaksikan kejayaan siri Honor 50 yang baru sahaja dilancarkan, selain penerimaan pasaran yang tinggi.

Dengan kejayaan di China, kini Honor dalam perancangan memperluaskan penawaran produk mereka ke negara-negara lain.

Dalam bulan-bulan akan datang, kita mungkin melihat pemasaran yang agresif oleh pihak Honor dalam memenangi kembali pasaran, sekaligus bersaing dengan pelbagai jenama yang lain di pasaran.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd