SKMM Akan Menambah Ibu Sawat Internet (IXP) Daripada 12 Kepada 66 Menjelang 2025

Diterbitkan pada Sep 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ibu Sawat Internet atau nama lainnya, Internet Exchange Point (IXP) berfungsi untuk memastikan pertukaran trafik internet antara penyedia perkhidmatan lancar dan rangkaian penghantaran kandungan menjadi lebih pantas, mengurangkan keperluann transit huluan data (upstream data), lantas mengurangkan kos hantaran.

Pada hari ini, terdapati 12 IXP di Malaysia, dan kini SKMM berkongsi mengatakan ia akan ditambah kepada 66 IXP menjelang tahun 2025 kelak.

Langkah ini adalah selari dengan fokus kerajaan terhadap ekonomi digital, selain pada masa yang sama permintaan rangkaian data yang semakin meningkat dengan kapasiti besar.

SKMM juga turut mengatakan hari ini yag mana mereka bersama agensi kerajaan akan teruskan usaha mewujudkan ekosistem terhadap usaha pusat data yang menawarkan kepakaran khusus dan perkhidmatan perkomputeran awan berteknologi tinggi bagi memenuhi permintaan para pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami