90 Aplikasi Ini Menyebabkan 10 Juta Pengguna Android Melanggan Kepada Perkhidmatan Palsu

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda menyedari bayaran yang dilakukan menerusi perkhidmatan langganan bulanan? Dengan terlalu banyak langganan dilakukan, mungkin ada yang tidak menyedari kerana semuanya dilakukan secara digital. Menurut laporan dari Zimperium Labs, terdapat 90 aplikasi Android yang mengandungi Trojan yang mengakibatkan pengguna peranti melanggan kepada perkhidmatan premium tanpa disedari.

Trojan yang diberi nama GriftHorse ini didapati menjangkiti 10 juta peranti pengguna di 70 buah negara. Ia dipasang menerusi aplikasi hasad yang pada luarannya kelihatan seperti aplikasi biasa. Peranti kemudiannya akan meminta akses kepada peranti dan mengumpul nombor telefon. Pengguna yang tidak membaca arahan pada skrin kemudiannya akan membenarkan langganan perkhidmatan SMS premium. Secara senyap mangsa akan dikenakan bayaran mencecah $42 sebulan untuk perkhidmatan yang sebenarnya tidak diperlukan.

Google telahpun dihubungi oleh Zimperium dan kesemua aplikasi telahpun dibuang dari Play Store tetapi aplikasi masih ditawarkan menerusi gedung aplikasi pihak ketiga. Jadi sekiranya anda pernah memasang aplikasi-aplikasi di bawah, sila buang segera dan periksa bil bulanan di Play Store bagi mengelakkan diri terus dijadikan mangsa.

  1. 100% Projector for Mobile Phone 
  2. Amazing Video Editor
  3. AR Phone Booster – Battery Saver 
  4. Bag X-Ray 100% Scanner 
  5. Battery Live Wallpaper 4K 
  6. Bus Driving Simulator
  7. Bus – Metrolis 2021
  8.  Caller ID & Spam Blocker
  9. Caller-x 
  10. Call Recoder Pro
  11. Call Recorder iCall
  12. Chat Translator All Messengers
  13. CIAO – Live Video Chat
  14. Cinema Hall: Free HD Movies
  15. Clap 
  16. Clap To Find My Phone
  17. ClipBuddy 
  18. CutCut Pro
  19. Daily Horoscope & Life Palmestry
  20. Easy TV Show
  21. English Arabic Translator direct
  22. Face Analyzer
  23. Fingerprint Changer
  24. Fingerprint Defender
  25. Fitness Point
  26. Fitness Trainer 
  27. Free Calls WorldWide
  28. Free Coupons 2021
  29. Free Translator Photo
  30. GetContacter   
  31. GPS Location Tracker
  32. GPS Phone Tracker – Family Locator
  33. Handy Translator Pro 
  34. Heart Rate and Meal Tracker
  35. Heart Rate and Pulse Tracker 
  36. Heart Rate Monitor
  37. Heart Rate Pro Health Monitor 
  38. Heart Rhythm
  39. Horoscope : Fortune
  40. Hunt Contact
  41. iCare – Find Location
  42. iConnected Tracker
  43. Icony
  44. Idle Gun Tycoon
  45. Instant Speech Translation
  46. Intelligent Translator Pro
  47. iTranslator_ Text & Voice & Photo
  48.  Keyboard: Virtual Projector App 
  49. Keyboard Themes
  50. Language Translator-Easy&Fast
  51. Launcher iOS 15 
  52. Launcher iOS for Android
  53. Lifeel – scan and test
  54. Live Wallpaper & Background
  55. Locatoria – Find Location 
  56. Locker Tool
  57. Ludo Speak v2.0
  58. Mine Easy Translator
  59. Mobile Things Finder
  60. My Chat Translator 
  61. My Locator Plus
  62. OFFRoaders – Survive
  63. Parallax paper 3D
  64. PhoneControl Block Spam Calls
  65. Phone Finder by Clapping
  66. Photo Effect Pro
  67. PikCho Editor app
  68. Pony Video Chat-Live Stream
  69. Prookie-Cartoon Photo Editor
  70. Pulse App – Heart Rate Monitor 
  71. Qibla AR Pro
  72. Qibla Compass (Kaaba Locator)
  73. Qibla Pass Direction
  74. Qibla Ultimate
  75. Racers Car Driver
  76. Safe Lock
  77. Scanner App Scan Docs & Notes
  78. Screen Mirroring TV Cast
  79. Slime Simulator
  80. Smart Call Recorder
  81. Smart Spot Locator
  82. SnapLens – Photo Translator
  83. Street Cars: pro Racing 
  84. Truck – RoudDrive Offroad 
  85. TrueCaller & TrueRecoder (Jangan terkeliru dengan aplikasi asli Truecaller, terbitan True Software Scandinavia AB)
  86. Vector arts 
  87. Video & Photo Recovery Manager 2 
  88. VPN Zone – Fast & Easy Proxy 
  89. What’s Me Sticker
  90. WiFi Unlock Password Pro X

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami