Cari @ Amanz

Gboard adalah aplikasi papan kekunci yang cukup berkuasa. Ia menggunakan rekaan yang minimalis, mudah digunakan, ada fungsi papan klip yang bagus dan banyak lagi ciri/fungsi yang menarik.

Antara yang kami sukakan adalah Pelekat Minis yang ditawarkan sejak 2018, di mana pengguna boleh menghasilkan pelekat tersendiri berasaskan imej swafoto. Tetapi nampaknya hanya selepas beberapa tahun, fungsi ini akan dibuang Google dan terkubur seperti banyak perkhidmatan dan aplikasi Google yang lain.

Antara sebab kenapa Pelekat Minis ini dibuang adalah, sistem pelekat emoji serba baharu yang Google tawarkan – iaitu Emoji Kitchen. Emoji Kitchen boleh menghasilkan 14000 pelekat berbeza hanya pada Gboard itu sendiri berdasarkan kombinasi beberapa emoji pilihan.

Menurut pihak 9to5Google, pelekat Minis ini akan ditamatkan pada penghujung Oktober tanpa tarikh spesifik. Jika anda masih ingin menggunakannya, ikuti tutorial kami di pawah dan jana seberapa banyak pelekat yang anda inginkan dan simpan terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd