Vaio sudah bergerak sendiri sejak lima tahun lalu selepas tidak lagi di bawah payung Sony. Mereka kekal menawarkan komputer riba untuk golongan profesional dengan rekaan yang premium. Sempena ulang tahun syarikat yang ke-5, Vaio SX12 Kachi-iro diumumkan dengan warna tradisi samurai Jepun di zaman silam.

Mengikut tradisi samurai memakai pakaian dalam berwarna ungu (Iro) dan oleh sebab itu tubuh komputer riba ini menggunakan warna ini. Ia dipadankan pula dengan kemasan warna emas yang menunjukkan ini ialah komputer riba edisi khas premium.

Spesifikasinya pula adalah skrin 12.5″ FHD, dilengkapi CPU Intel Core i5-8265U and i7-8565U, memori sehingga 16GB, dan storan sehingga 512GB SSD NVme. Walaupun ia sebuah komputer riba kompak ultra ringan 882gram, pelbagai I/O seperti VGA, RJ-45, HDMI, USB-A, pembaca kad SD dan USB-C diberikan supaya tiada keperluan menggunakan penyesuai. Harga jualan masih belum diumumkan.