Twitter Bereksperimen Dengan Integrasi NFT

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter sedia melakukan integrasi kriptowang Bitcoin untuk tujuan pembayaran dan tips antara pengguna. Selain daripada itu, kini Twitter juga telah mula bereksperimen dengan integrasi NFT pada platform mereka.

Seperti ramai sedia maklum, NFT merupakan salah satu bentuk aset digital – yang mana kini lebih memfokuskan kepada karya digital dan lukisan.

Melalui demo ringkas yang dipertontonkan pembangun Twitter, ia memperlihatkan yang mana pengguna boleh menghubungkan dompet kripto mereka ke Twitter, dan seterusnya memilih NFT yang dikehendaki untuk menetapkannya sebagai gambar profil.

Twitter seterusnya akan memaparkan ikon khusus menandakan ia NFT, selain mana turut menambah tab “Collectibles” untuk melihat koleksi.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan pemilik NFT memperlihatkan apa yang dimiliki mereka, selain menggunakannya sebagai gambar profil.

Buat masa ini, Twitter masih pada peringkat eksperimen untuk integrasi NFT ini. Tidak diketahui lagi sama ada mereka akan mengimplementasikannya atau tidak secara rasminya lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami