Pra-tempahan Predator Helios 300 Terbaru Dibuka Bermula Hari Ini Pada Harga Permulaan RM6299

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Predator Triton 500 SE yang akan mula jualan pra-tempahan pada bulan hadapan, Acer Malaysia turut memperlihatkan ketibaan sebuah lagi komputer riba gaming baru, iaitu Predator Helios 300 yang dilengkapi dengan komponen-komponen gaming terbaru yang hadir dengan beberapa penawaran bergantung kepada keperluan dan kemampuan pengguna.

Bermula dengan paparan, Predator Helios 300 hadir dengan pilihan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dan 17.3 inci dengan pilihan resolusi Full HD ataupun QHD dengan kadar segar semula 165Hz ataupun 360Hz yang mempunyai rekaan bingkai nipis di tiga sisi tepi dan atas.

Dari segi komponen, anda boleh memilih untuk mendapatkan model yang dikuasakan CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake dengan CPU Intel Core i9 ataupun Intel Core i7 dengan memori DDR4 sehingga 32GB dan pilihan storan dalaman SSD NVMe PCIe sebesar 512GB ataupun 1TB.

Dari segi pilihan kad grafik, Predator Helios 300 ini hadir dengan dua pilihan kad grafik, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3070 ataupun NVIDIA GeForce RTX 3060 yang mana kedua-duanya mampu menggerakkan apa sahaja permainan moden pada resolusi dan kadar segar semula tinggi untuk pengalaman gaming yang terbaik.

Dari segi pilihan ciri-ciri baru, komputer riba ini dilengkapi dengan teknologi penghantaran data Thunderbolt 4, WiFi 6 dan ciri pengecasan PowerDelivery yang membolehkan komputer riba ini dicas menggunakan satu kabel USB-C dan dipadankan dengan paparan skrin yang menyokongnya.

Sama seperti Predator Triton 500 SE, Predator Helios 300 ini juga menggunakan kipas penyejukan AeroBlade 3D generasi kelima untuk menyejukkan komponen-komponen didalam komputer riba ini supaya ia berfungsi pada kadar optimum.

Pra-tempahan untuk Predator Helios 300 ini dibuka bermula hari ini melalui kedai atas-talian Acer Malaysia, dan hadir dalam empat pilihan model dengan gabungan paparan, CPU dan kad grafik berbeza. Sepanjang tempoh pra-tempahan untuk komputer riba ini juga, pelanggan akan mendapat hadiah percuma bernilai RM1155.

  • Predator Helios 300 (15.6″, Intel Core i9, NVIDIA GeForce RTX 3070) – RM9999
  • Predator Helios 300 (15.6″, Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 3070) – RM7699
  • Predator Helios 300 (15.6″, Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM6299
  • Predator Helios 300 (15.6″, Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 3070) – RM8999
  • Predator Helios 300 (15.6″, Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM7999

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami