Sony dilaporkan ingin menyaman Huawei atas penggunaan tanda dagang Watch GT yang digunakan pada jam tangan pintar keluaran syarikat dari China tersebut. Menurut laporan dari LetsGoDigital, saman dikemukakan kerana Sony ingin tanda dagang GT digunakan eksklusif oleh mereka sahaja.

Tanda dagang GT difailkan oleh Sony untuk siri permainan video popular mereka Gran Turismo. Huawei pula telah memfailkan permohonan tanda dagang untuk GT 3 dan GT 5 untuk jam tangan mereka dan inilah yang cuba ditentang oleh Sony. Sony telah cuba menentang Huawei sejak 2016 dan diteruskan lagi bagi menghalang Huawei terus menggunakan nama GT.