Poco C31 Kini Rasmi – MediaTek Helio G35, Kamera 13MP, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco C31 kini dilancarkan secara rasminya di India. Ia hadir dengan spesifikasi kelas asas menerusi janaan cip MediaTek Helio G35 dan merupakan model kemaskini untuk Poco C3 sebelum ini. Sebagai pilihan, terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Royal Blue dan Shadow Grey.

Untuk spesifikasi khusus, Poco C31 dilengkapi skrin berukuran 6.53-inci IPS LCD beresolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio P35, memori sehingga 4GB RAM, storan dalaman sehingga 64GB dan bateri 5000mAh. Untuk kamera, ia menampilkan sistem tri-kamera dengan tetapan 13MP + 2MP + 2MP, manakala kamera swafoto pula sebesar 5MP.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi lapisan nano P2i yang menjadikannya tahan percikan dan mempunyai penutup getah di sekitar dulang SIM untuk perlindungan tambahan. Di India, Poco C31 dijual pada harga bermula INR8,499 (~RM480). Sementara itu, varian 4GB/64GB pula berharga INR9,499 (~RM536).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami