Cari @ Amanz

Setelah sekian lama, Motorola kini hadir dengan penawaran tablet baharu di India yang dikenali sebagai Moto Tab G20. Ia merupakan sebuah tablet yang dilengkapi penawaran mampu milik dengan spesifikasi memfokuskan kepada keperluan produktiviti.

Untuk spesifikasi khusus, Moto Tab G20 dilengkapi skrin 8-inci beresolusi HD+ (1280 x 800 piksel) dengan teknologi IPS TDDI yang berupaya menawarkan prestasi sentuhan lebih baik. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio P22T, memori 3GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 32GB. Pada masa sama, ia juga menyediakan sokongan untuk ruangan tambahan melalui kad microSD sehingga 2TB.

Melengkapinya juga adalah bateri sebesar 5,100mAh yang menyokong pengecasan berwayar 10W, kamera utama 5MP dan kamera swafoto sebesar 2MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan sebagainya. Di India, Moto Tab G20 dijual pada INR10,999 (~RM620) dan hanya tersedia dalam satu pilihan warna iaitu Platinum Grey.

Sumber : Motorola India

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd