Apple iPhone 13 Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula Esok, 1 Oktober

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri iPhone 13 yang dilancarkan baru-baru ini oleh Apple, sudah boleh dipra-tempah oleh para pengguna tempatan secara rasminya bermula esok, 1 Oktober 2021. Kesemua model iPhone 13 akan dijual secara rasminya bermula 8 Oktober 2021.

Pengguna boleh melakukan pra-tempahan melalui laman web rasmi Apple, selain turut boleh melakukannya melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi. Laman edagang seperti Shopee juga turut membuka pra-tempahan iPhone 13.

Sebanyak 4 model diperkenalkan dibawah siri iPhone 13, iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max. Model kemaskini tahun ini menawarkan penambah-baikkan kepada ciri rakaman gambar dan video, selain turut menyertakan pemprosesan berkuasa, termasuk storan sehingga 1TB.

Di Malaysia, iPhone 13 Mini ditawarkan pada harga bermula RM3399, iPhone ditawarkan pada harga bermula RM3899, iPhone 13 Pro pada harga bermula RM4899, dan iPhone 13 Pro Max pada harga bermula RM5299.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami