Fairphone 4 Kini Rasmi – Menyasarkan Kemaskini Perisian Selama 6 Tahun, Sehingga Android 15

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fairphone, salah satu syarikat pengeluar elektronik dari barat, kini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Fairphone 4. Melaluinya, mereka meneruskan fokus terhadap penawaran peranti yang bertahan lama, mudah dibaiki, dan menerima sokongan untuk tempoh yang lama.

Fairphone 4 hadir dengan skrin 6.3-inci LCD, cip pemprosesan Snapdragon 750G, dijana memori sehingga 8GB RAM, dan storan 256GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 3905mAh menggunakan pengecas USB-C, dan menyokong Quick Charge 4.1. Untuk rakaman gambar, ia mmenyertakan sensor kamera utama 48-megapixel dibelakang.

Selain daripada spesifikasi, Fairphone 4 lebih memfokuskan kepada komponen yang mudah dibaiki, dan membolehkan orang ramai membuka kerangka belakang, dan menggantikan komponen menggunakan pemutar skru sahaja. Langkah ini menjadikan peranti ini lebih mudah dibaiki dan mempunyai skor mudah dibaiki yang sangat tinggi.

Disamping itu, Fairphone 4 menjanjikan kemaskini sehingga penghujung 2025 yang menyertakan kemaskini sehingga Android 13. Pada masa yang sama, syarikat Fairphone 4 menyasarkan untuk melanjutkan sokongan sehingga penghujung 2027 – sekaligus memastikan peranti berkenaan menerima kemaskini sehingga Android 15.

Ini secara tidak langsung, menawarkan kemaskini perisian sehingga enam tahun sejak tarikh pelancaran.

Di Eropah, Fairphone 4 ditawarkan pada harga bermula 579 Euro, iaitu RM2806 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami