Cari @ Amanz

Semasa siri iPhone 13 dilancarkan terbit sedikit kekecewaan kerana Apple mengekalkan penggunaan pengecas 20W sahaja. Tetapi dengan peranti telah mula diterima pembeli, model iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max sebenarnya didapati menyokong pengecasan yang lebih pantas.

iPhone 13 Pro misalnya menyokong pengecasan sehingga 23W dan iPhone 13 Pro Max pula menyokong pengecasan sehingga 27W. Ini adalah kuasa puncak pengecasan bewayar yang telah disukat oleh ChargerLAB. Ini bermakna pengguna yang sudahpun mempunyai MacBook Air atau MacBook Pro boleh menggunakan pengecas komputer riba mereka untuk mengecas iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd