Dapatkan HUAWEI MatePad 10.4 LTE Pada Harga Runtuh Sewaktu 10.10 Ini

Diterbitkan pada Okt 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sedar tidak sedar tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi dan kita telahpun memasuki suku terakhir tahun ini. Bagi anda yang menginginkan tablet sebagai salah satu peranti tahun ini, HUAWEI MatePad 10.4 LTE merupakan salah satu tablet yang anda boleh beli pada 10 Oktober ini.

Jika anda ada pelbagai gajet yang anda ingin beli pada 10 Oktober, HUAWEI MatePad 10.4 LTE perlu dibeli pada hari tersebut kerana ia ditawarkan pada harga runtuh. Berikut merupakan sebab kenapa anda perlu membeli tablet berkuasa ini. 

Kapasiti Storan Yang Boleh Ditambah Sehingga 512GB

Apa yang membezakan HUAWEI MatePad 10.4 LTE ini dengan yang lain ? Pertama sekali adalah dengan kapasiti storan yang boleh ditambah. Kebanyakan tablet hadir dengan kapasiti asas namun pada tablet ini, pengguna dengan mudah boleh menambah kapasiti storan tersebut menggunakan kad Mikro-SD.

Dengan menambah storan, ini juga memudahkan anda untuk memuat-turun drama dan filem dari aplikasi yang menyokong storan terbina seperti aplikasi Netflix, YouTube, dan membawanya bersama-sama anda, kemana sahaja yang anda inginkan. Disamping itu, dengan storan yang besar anda juga boleh memuat-turun pelbagai aplikasi yang disediakan pada AppGallery tanpa risau tak cukup memori.

Paparan 2K Dengan 4 Pembesar Suara

Tablet yang sangat baik adalah lengkap dengan paparan yang cantik dan bunyi yang baik, melengkapkan pengalaman visual dan audio pengguna. HUAWEI MatePad 10.4 LTE ini mempunyai badan bersaiz 10.4-inci, sama seperti namanya dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 84% untuk paparan 2K.

Bercakap lagi mengenai paparan 2K ini, ia disertakan teknologi HUAWEI ClariVu Display Enhancement yang memberikan imej yang sangat jelas dan mempunyai banyak perincian, disamping memberikan perlindungan untuk mata anda bagi tontonan yang lama.

Seterusnya menyempurnakan kualiti visual adalah 4 pembesar suara beramplitud tinggi bagi memberikan kualiti audio yang tinggi. Malah dengan teknologi Histen 6.0 multi-channel, ia membuatkan kesemua tona dan runut bunyi sangat jelas dan berjiwa. Kesemua bunyi ini juga ditala oleh Harman Kardon, menjamin hanya kualiti audio terbaik untuk pengguna bercitarasa tinggi.

Bateri Sepanjang Hari

Dengan norma baharu yang memerlukan kita bekerja dari rumah atau bekerja dari mana sahaja anda berada, anda memerlukan peranti dengan kapasiti bateri yang besar. HUAWEI MatePad 10.4 LTE ini mempunyai bateri 7,250 mAh yang bukan sahaja memberikan lebih waktu untuk pembelajaran atas talian menerusi Google Classroom atau bekerja dan telesidang melalui Google Meet, malah untuk berhibur, menonton drama dan filem, atau bermain permua juga membolehkan peranti ini digunakan seharian lamanya. 


Harga Runtuh Untuk Tablet Lain Serendah RM 499

Bukan HUAWEI MatePad 10.4 LTE sahaja yang menerima diskaun harga runtuh iaitu penjualan pada harga RM 1,099, malah tablet HUAWEI lain juga turut ditawarkan pada harga yang sangat menarik. Sekiranya anda memerlukan tablet yang lengkap dengan papan kekunci, pen dan juga storan lebih besar, HUAWEI MatePad 11 sesuai untuk anda.

Untuk tempoh terhad ini, bagi setiap pembelian HUAWEI MatePad 11 akan memberikan pengguna M-Pencil dan juga HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Peranti ini terdapat dalam beberapa konfigurasi, dan dijual pada harga bermula RM 1,999.

Jika harga merupakan faktor terutama, anda boleh memilih HUAWEI MatePad T 10 yang dijual pada harga RM 499 untuk tempoh terhad ini. Tablet asas ini dikenali ramai kerana ia masih mempunyai spesifikasi asas yang hebat, dan dikuasakan oleh cip 8-teras. 

Namun jika kekuasaan adalah faktor paling utama, terdapat HUAWEI MatePad Pro yang hadir pada saiz 10.8-inci serta cip pemprosesan Kirin 990 yang sangat berkuasa. Ia boleh didapati di kedai atas talian HUAWEI di Shopee pada harga RM 1,999

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tablet-tablet berkualiti dari HUAWEI pada 10 Oktober ini. Anda boleh mendapatkan tablet ini dari kedai rasmi HUAWEI dan juga kedai atas talian HUAWEI dari 8-10 Oktober, serta promosi khas pada 10.10 sahaja menerusi Shopee dan Lazada atau gunakan aplikasi mudah alih mereka MyHuaweiApp

Beli Peranti Harga Runtuh 10.10: Kedai Rasmi HUAWEI
Beli Peranti Harga Runtuh 10.10: HUAWEI di Shopee
Beli Peranti Harga Runtuh 10.10: HUAWEI di Lazada

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami