Huawei Dilaporkan Akan Melancarkan HarmonyOS 3.0 Pada 24 Oktober

Diterbitkan pada Okt 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HarmonyOS ialah sistem operasi buatan Huawei selepas mereka dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. Tahun ini HarmonyOS 2.0 mula digunakan pada telefon pintar, skrin pintar, tablet, jam tangan pintar dan peranti berhubung di bawah ekosistem Huawei. Kini mula kedengaran ura-ura HarmonyOS 3.0 sudah sedia untuk dilancarkan.

Menurut laporan IT Home, HarmonyOS 3.0 akan dilancarkan dalam masa terdekat kemungkinan besar ketika acara Huawei Developer Congress yang berlangsung pada 24 Oktober hadapan. Tiada maklumat mengenai apakah pembaharuan yang akan diperkenalkan menerusi sistem operasi ini. Sejak dilancarkan HarmonOS telah digunakan pada lebih 100 juta peranti setakat ini. Jumlah ini akan terus meningkat dengan Huawei menggantikan Android pada peranti-peranti yang telah dilancarkan sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami