Carian
Clubhouse Akan Memperkenalkan Ciri Rakaman Keseluruhan Audio
October 1, 2021 Aman

Clubhouse telah mempopularkan ciri perbualan masa-nyata berasaskan audio, dan kini turut ditawarkan oleh Twitter melalui Twitter Spaces.

Selepas sekadar menawarkan ciri perbualan masa-nyata tanpa sebarang rakaman, kini Clubhouse mengumumkan bakal memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan Replays.

https://twitter.com/Clubhouse/status/1443650744792453125

Replays akan membolehkan pentadbir sesuatu bilik untuk merakamkan keseluruhan audio, dan berkongsi dengan yang lain perbualan atau perbincangan berkenaan.

Ciri ini hanya akan ditawarkan untuk bilik perbualan yang disenaraikan awam sahaja. Rakaman akan disimpan pada profil atau Club, atau turut boleh dimuat-turun pengguna.

Disamping itu, kini Clubhouse juga turut memfokuskan kepada penawaran kebolehan pengguna merakamkan klip audio 30 saat, dan berkongsi dengan yang lain – sekiranya ia ditetapkan boleh oleh sesuatu bilik audio berkenaan.

Dengan langkah ini, ia mungkin akan membuatkan lebih ramai mendengar klip ringkas, serta menyertai sesuatu perbualan di Clubhouse.

Komen