Penyedia Internet Korea Selatan Menyaman Netflix Kerana Peningkatan Trafik Disebabkan “Squid Game”

Diterbitkan pada Okt 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penyedia perkhidmatan internet di Korea Selatan, iaitu SK Broadband kini telah memfailkan saman terhadap Netflix, kerana meningkatkan trafik rangkaian dan juga kerja penyelengaraan disebabkan oleh populariti Squid Game.

SK Broadband mengatakan trafik yang diuruskan mereka meningkat 24 kali ganda pada September berbanding dengan Mei 2018 yang lepas – antaranya disebabkan populariti siri seperti “Squid Game” dan juga “D.P”.

Netflix kini dikatakan mempunyai aliran trafik kedua tertinggi negara berkenaan, selepas YouTube. Namun, kedua-dua pihak, Netflix dan Google (YouTube) dilihat antara yang tidak membayar yuran penggunaan rangkaian – yang mana penyedia lain seperti Amazon, Apple dan Facebook membayarnya.

Menurut Netflix, mereka mengatakan telah menyumbang kepada 16,000 pekerjaan di Korea Selatan, sekaligus memberikan kesan positif terhadap ekonomi negara berkenaan.

Walaubagaimanapun, pada bulan Jun yang lepas, mahkamah di Seoul telah mengatakan yang mana SK menyediakan perkhidmatan pada kos, dan Netflix perlu menawarkan sesuatu sebagai pulangan kepada penyedia perkhidmatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami