Carian
Honor Malaysia Mengesahkan Bakal Melancarkan Honor 50 Tidak Lama Lagi
October 1, 2021 Aman

Honor Malaysia hari ini secara rasminya mengesahkan mengatakan mereka akan memperkenalkan Honor 50 di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Pengenalan Honor 50 ini akan memperlihatkan kembalinya Honor dalam pasaran telefon pintar Malaysia selepas menghilangkan diri sementara. Buat masa ini, tarikh pelancaran Honor 50 masih tidak diketahui. Tetapi, dengan perkongsian ini, kita mungkin melihat ia diperkenalkan pada bulan Oktober ini, atau selewatnya November kelak.

Honor 50 hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, selain dilengkapi kamera 108-megapixel, dijana cip Snapdragon 778G – dan sokongan untuk Google Mobile Services yang dinantikan ramai.

Honor sebelum ini telah memperlihatkan peningkatan pegangan pasaran mendadak di China, dan semestinya mereka mempunyai perancangan menyeluruh untuk memenangi pasaran global kembali.

Komen