Banyak peranti sekarang menyokong port pengecasan USB-C. Bagi kebanyakan pengguna mereka tidak menyedari tidak semua kabel USB-C adalah sama. Oleh itu pengecasan pantas atau pemindahan yang laju tidka dapat dinikmati. Untuk menyelesaikan kekeliruan ini, USB Implementers Forum memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada kotak produk, dan port pada peranti yang menyokong USB4 dan USB PD 3.1.

Pada kotak kabel yang menyokong format pengecasan USB PD 3.1 , pengguna boleh melihat label kuasa 60W atau 240W. Label yang sama akan turut dipaparkan pada kotak pengecas. Turut boleh dipaparkan pada tahap kelajuan pemindahan data sehingga 40 Gbps. Walaupun logo baharu diumumkan, ia tidak semestinya menjamin produk yang dijual benar-benar menyokongnya. Terdapat banyak masalah produk palsu atau yang tidak memenuhi piawaian menggunakan logo tanpa kebenaran. Jadi pesan kami ialah melakukan kajian dengan menyeluruh serta membeli dari jenama yang boleh dipercayai.