Redmi Note 10 Lite Dilancarkan Dengan Snapdragon 720G dan Bateri 5020 mAh

Diterbitkan pada Okt 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Note 10 Lite telah dilancarkan di India semalam. Peranti ini mungkin menggunakan nama baharu tetapi sebenarnya hanyalah sebuah Redmi Note 9s dengan pilihan warna baharu sahaja.

Peranti dilancarkan dengan skrin 6.67-inci IPS LCD, dijana cip Snapdragon 720G, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5020 mAh yang menyokong pengecasan 18W secara berwayar menerusi port USB-C.

Kamera utama menggabungkan sensor belakang menggunakan sensor utama 48MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar, 5MP makro dan 2MP kedalaman. Di bahagian hadapan pula sensor 16MP digunakan dengan kamera diletakkan pada lubang skrin. Peranti dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm, pemancar infra merah serta kemampuan kalis air menerusi lapisan P2i.

Di India Redmi Note 10 Lite dijual pada harga INR14,000 (~RM790) untuk model 4/64GB dan meningkat ke INR17,000 (~RM960) untuk model 6/128GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami