Desas-Desus Baru Mengatakan Apple iPhone 14 Akan Hadir Dengan Storan 2TB
October 2, 2021
Aman
Apple pada tahun ini telah memperkenalkan iPhone 13 Pro Max dengan pilihan storan sehingga 1TB. Lanjutan daripadanya, kini hadir desas-desus awal mengatakan Apple bakal menawarkan pilihan storan sehingga 2TB.

Sekiranya benar, maka ia mungkin akan ditujukan kepada pengguna benar-benar pro, dan kerap menggunakan rakaman video ProRes melalui iPhone 14 Pro Max berkenaan kelak.
Apa pun, buat masa ini, spekulasi berkenaan dengan storan ini masih samar-samar, dan tidak dapat dipastikan sama ada Apple akan mengandakan penawaran storan iPhone hanya dalam tempoh setahun selepas memperkenalkan storan 1TB.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.