Twitter kini mengumumkan mereka akan mula memperkenalkan “Akaun Profesional” bermula daripada minggu hadapan.
Akaun Profesional ini ditujukan lebih kepada akaun perniagaan di Twitter, selain akaun penerbit kandungan di Twitter. Melalui akaun ini, ia akan memberikan beberapa ciri tambahan, termasuk kebolehan untuk mempromosikan kandungan melalui iklan, selain turut boleh mengambil peluang dalam menggunakan ciri edagang Twitter yang bakal hadir tidak lama lagi.
Untuk mendapat akses “Akaun Profesional”, pengguna sesuatu akaun berkenaan perlulah bebas daripada sebarang salah-laku terma Twitter, selain menggunakan nama, dan gambar yang asli.
Ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh menaik-taraf ke akaun Profesional ini melalui aplikasi mudah-alih terus dengan mudah – ala-ala apa yang ditawarkan oleh Instagram.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Twitter untuk Profesional pada minggu hadapan.