Carian
MySejahtera Akan Membolehkan Anda Mengadu Premis Dan Lokasi Yang Tidak Patuh SOP
October 3, 2021 β€’ Aman

MySejahtera sedia digunakan ramai dalam mendaftar masuk ke sesuatu lokasi atau premis. Kini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut berkongsi memperlihatkan sebuah lagi ciri baharu yang akan hadir – memudahkan pengguna melakukan aduan terus melalui aplikasi MySejahtera.

Antara perkara awal yang boleh dilaporkan adalah termasuk berkenaan tidak mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka atau penjarakkan sosial, premis yang tidak mengambil suhu badan atau rekod pelawat, atau mereka yang tidak mematuhi peraturan kuarantin.

Pengguna boleh melakukan aduan terus melalui aplikasi berkenaan, dan turut kepilkan gambar untuk rujukan.

Ciri ini dijangka hadir melalui kemaskini MySejahtera akan datang tidak lama lagi.

Komen