Carian
Apple Dilaporkan Membatalkan Perancangan iPad Air Dengan OLED Untuk 2022
October 3, 2021 Aman

Apple kini dilaporkan membatalkan perancangan untuk memperkenalkan iPad Air dengan panel paparan OLED pada tahun depan, 2022.

Dikongsikan oleh penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple sebelum ini merancang untuk memperkenalkan iPad Air dengan panel paparan OLED pada tahun 2022, namun kini terpaksa menangguhkannya kerana kos dan prestasi yang tidak mencapai tahap kepuasan yang disasarkan.

Disebabkan oleh itu, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad AIr dengan panel LCD pada tahun hadapan.

Pada masa yang sama, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad Pro bersaiz 11-inci dengan panel mini-LED pada tahun hadapan.

Komen