Cari @ Amanz

Pengguna dilihat semakin gemar menggunakan kata laluan merujuk kepada adiwira popular. Melalui perkongsian terbaru Mozilla berdasarkan data daripada laman IHaveBeenPwned, ia menghimpunkan sejumlah kata laluan hampir sama yang digunakan ramai pada kata laluan yang didapati melalui pangkalan data tertiris ke arena web.

Melalui data yang dihimpunkan, ia memperlihatka kata laluan Superman, Batman dan Spiderman adalah antara yang kata laluan popular pada data yang tertiris.

Orang ramai sering diingatkan supaya menggunakan kata laluan yang kukuh da sukar diteka untuk perkhidmatan web – untuk mengelak data tertiris atau digodam pihak ketiga. Malah, beberapa perkhidmatan berasaskan web turut telah mula berubah kepada perkhidmatan tanpa kata laluan.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan kata laluan berasaskan adiwira untuk perkhidmatan web?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd