Carian
MacBook Pro Dengan Cip Apple M1X Dijangka Dilancarkan Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi
October 4, 2021 Aman

Apple sering mengadakan acara sampingan mereka pada bulan Oktober, dan memperkenalkan beberapa produk tambahan lain selain telefon pintar iPhone. Terbaru, desas-desus terbaru hadir melalui Bloomberg, mengatakan Apple mungkin melancarkan MacBook Pro dengan cip pemprosesan Apple M1X dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Cip terbaru M1X dijangka menawarkan beberapa penambahan prestasi berbanding cip Apple M1 sedia ada. Untuk makluman, sebelum ini Apple telah hadir dengan cip Apple M1 yang digunakan untuk menjana komputer sepenuhnya, sekaligus menggantikan penggunaan cip Intel. Cip Apple M1 hadir dengan rekaan berasaskan ARM, sekaligus menawarkan prestasi yang tinggi, dan penggunaan tenaga lebih efisien.

Cip M1X ini dikatakan akan hadir dengan rekaan cip 10 teras, mengabungkan lapan teras berprestasi tinggi, dan dua teras memfokuskan penggunaan efisien.

Apple dijangka memperkenalkan dua variasi cip Apple M1X – yang mana menawarkan perbezaan pada teras GPU – dimana ia hadir dengan rekaan perbezaan 16 teras GPU dan juga 32 teras GPU.

Selain daripada penggunaan cip Apple M1X, MacBook Pro baharu juga dijagka hadir dengan pilihan skrin 16-inci, selain sokongan MagSafe untuk pengecasan. Apple juga dijangka membuang TouchBar pada MacBook Pro baharu ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan beberapa minggu lagi untuk melihat kejutan pihak Apple.

Komen