Carian
Peranti Realme Hanya Diberikan Kemaskini Sehingga Dua Tahun Di China
October 4, 2021 Effi Saharudin

Sokongan kemas kini jangka panjang menjadi kriteria sebelum sesebuah peranti dibeli. Ini adalah kerana peranti semakin mahal dan jika boleh digunakan selama mungkin ia akan menjadi berbaloi. Tetapi di China, Realme mengesahkan peranti mereka akan hanya diberikan sokongan selema dua tahun.

Peranti berusia bawah enam bulan akan menerima kemas kini sebulan sekali. Selepas itu kemas kini akan diberikan setiap dua bulan sekali. Pengumuman rasmi yang dilakukan menerusi forum ini menerima reaksi negatif. Ada pengguna merasakan peranti mercu misalnya perlu diberikan sokongan yang lebih lama. Pada waktu ini sokongan hanya selama dua tahun hanya digunapakai untuk peranti di China. Belum diketahui lagi adakah ia juga terpakai pada peranti global.

Sumber Gizmochina

Komen