Squid Game ialah siri paling hangat di Netflix sekarang dengan ia berada di tempat pertama rancangan paling popular platform tersebut d 90 buah negara termasuk Malaysia. Ia sungguh popular sehingga menjadi bahan promosi pelbagai jenama seperti KTM dan MRT di negara kita. Dengan rancangan kini menjadi bualan ramai, Netflix menawarkan 11 imej latar belakang yang boleh digunakan peminat dalam aplikasi telesidang kegemaran mereka.

Antara imej yang ditawarkan ialah bilik tidur peserta, jambatan kaca, taman permainan, tandas dan taman perumahan permainan guli. Mereka yang sudah habis menonton siri pasti mengenai kesemua imej latar belakang yang dikongsikan oleh Netflix ini. Kerana imej semuanya dalam platform Jpg, ia boleh digunakan pada kesemua platform telesidang popular seperti Zoom, Meet, Teams dan banyak lagi. Untuk memuat turun imej sila ke pautan di bawah.
Sumber Netflix