Amerika Syarikat Mahu Bermesyuarat Dengan 30 Wakil Kerajaan Antarabangsa Untuk Berbincang Tentang Jenayah Siber

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masalah serangan siber dan godaman terhadap syarikat-syarikat antarabangsa dan pengguna-pengguna biasa dilihat meningkat dengan mendadak sepanjang tahun lepas dan tahun ini.

Untuk membanteras masalah ini, kerajaan Amerika Syarikat dilihat mahu bermesyuarat dengan 30 wakil kerajaan antarabangsa untuk berbincang mengenai isu jenayah siber ini. Mesyuarat atas-talian ini, yang akan diadakan oleh pihak White House National Security Council yang akan dikatakan membincangkan tentang isu-isu seperti kolaborasi undang-undang jenayah siber antara negara dan juga penggunaan kriptowang untuk membayar aktiviti-aktiviti haram.

Ia dilihat bahawa salah satu sebab mengapa mesyuarat ini akan diadakan ialah untuk mencari penyelesaian kepada isu penggunaan teknologi perisian tebusan (ransomware) yang membelenggu sejumlah besar syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di Amerika Syarikat.

Pada tahun lepas dan tahun ini, beberapa institusi besar Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk keselamatan makanan dan gas dan petroleum negara tersebut, JBS SA dan Colonial Pipeline dipaksa membayar penggodam sejumlah besar wang dalam kriptowang Bitcoin untuk memastikan bahawa data mereka selamat dikembalikan, dan syarikat-syarikat tersebut boleh kembali beroperasi seperti biasa.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi negara-negara manakah yang akan diminta untuk hadir dalam mesyuarat ini, mahupun bilakah ia akan diadakan. Akan tetapi, laporan Reuters mengatakan bahawa isu ini sudahpun dibincangkan diantara pucuk pimpinan tertinggi di Amerika, dan sebuah solusi akan dibentangkan kelak.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami